1. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bertujuan untuk menghidupkan kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan:
1.1 Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/1988: Senaman Beramai-ramai Untuk Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid dan Guru Untuk Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan
1.2 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 juga memperakukan: “Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid”.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Siri 4 Bil. 1/2012 yang dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun, Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.
3. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang disamping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.
4. Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.
5. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik:
No comments:
Post a Comment